JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun ditemui mati lemas selepas dikatakan cuba mengambil bola mainnya yang terjatuh ke dalam kolam tadahan air berhampiran Flat Seri Intan di Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang ketika Aeezender Neo Anak Gaong yang juga murid Sekolah Rendah Kebangsaan Masai sedang bermain bola di kawasan itu bersama lapan rakannya yang lain sebelum bola itu jatuh ke dalam kolam tersebut. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Norazam Shaari berkata, kerana ingin mengambilnya mangsa berenang ke kolam terbabit namun kemudian hanyut dibawa arus setelah menghampiri kawasan tengah kolam sedalam antara sembilan hingga 10…










