KUALA LUMPUR 27 Ogos – Kerajaan sedang mengkaji implikasi menaikkan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun dalam menentukan sama ada pindaan akan dilakukan secara `total ban’ atau dengan pengecualian tertentu. Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kajian yang sedang dilaksanakan mengambil kira dari segi perundangan dan sosial. “Sebagai contoh, sekiranya `total ban’ dikuatkuasakan dan terdapat kes…










