CERMIN mata hitam tidak lagi terhad sebagai pelindung mata tetapi kini digayakan sebagai pelengkap fesyen. Malah, tempiasnya semakin dirasai oleh penggemar fesyen apabila cermin mata menjadi aksesori utama ketika bersantai. Bagi yang tidak mempunyai masalah itu, mereka juga masih memerlukan kaca mata berkanta gelap bagi mengelak silau matahari tatkala memandu, berjalan di tengah panas atau berjemur di tepian pantai. Malah, mereka yang tampil berkaca mata selalunya sering menjadi perhatian terutama…