DUNGUN – Seorang lelaki yang pulang selepas bermain badminton ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung berhampiran rumahnya di Kampung Nyior, Bandar Paka di sini semalam. Mangsa, Juriza Muda, 36, yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat penyelenggaraan industri pemprosesan minyak di Kawasan Perindustrian Kerteh, Kemaman itu dijumpai terbaring di atas tanah bersebelahan kereta Proton Wira miliknya kira-kira pukul 9.30 malam. Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah berkata, mayat lelaki…









