Jururawat penting dalam pencegahan HCAI - Utusan Malaysia

Jururawat penting dalam pencegahan HCAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jururawat memainkan peranan yang penting dalam mencegah ‘Healthcare Associated Infection’ (HCAI) atau jangkitan silang, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.

Pencegahan  tersebut boleh dilakukan dengan memastikan semua aspek amalan kejururawatan adalah ‘evidence-based’ melalui penyelidikan kejururawatan serta pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga mereka, katanya.

“Pencegahan dan kawalan infeksi juga merupakan komponen penting dalam penjagaan kejururawatan,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Kawalan Jangkitan Kejururawatan di sini, yang dihadiri kira-kira 400 jururawat awam dan swasta.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Menurut Lee, HCAI  boleh terjadi semasa pesakit mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dan menjejaskan beratus-ratus juta pesakit di seluruh dunia setiap tahun.

“HCAI merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada kejadian sepsis terutama dalam kalangan pesakit yang berisiko tinggi seperti orang tua, wanita hamil, bayi, pesakit kronik serta pesakit HIV dan kanser,” katanya.

Menurut Boon Chye, beberapa penerbitan saintifik melaporkan bahawa sepsis telah menjejaskan kira-kira 30 juta orang di seluruh dunia setiap tahun serta mengakibatkan enam juta kematian. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN