JAKARTA 25 Ogos – Pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee percaya bahawa jurang bola sepak Malaysia dan Jepun tidak begitu ketara selepas mereka tewas 0-1 dalam aksi kalah mati Sukan Asia 2018 semalam. Skuad muda negara tewas kepada Jepun menerusi sepakan penalti pada penghujung perlawanan di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, dekat sini selepas mengasak kubu lawan bertubi-tubi sepanjang kira-kira 20 minit baki permainan. Atas dasar itu,…










