Jumlah korban meningkat, gempa susulan terus berlaku - Utusan Malaysia

Jumlah korban meningkat, gempa susulan terus berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA, 10 Ogos (Bernama) — Jumlah mangsa korban gempa bumi di Pulau Lombok pada 5 Ogos lepas, meningkat kepada 321 orang, dan dikhuatiri terus bertambah ketika operasi mengenalpasti dan menyelamat mangsa di seluruh pulau itu masih diteruskan.

Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan lebih 67,000 rumah direkodkan musnah setakat ini, selain 468 sekolah, tiga hospital dan 10 pusat kesihatan, 15 masjid dan 20 bangunan turut musnah akibat gempa bermagnitud 7 Skala Richter itu.

“Adanya laporan tambahan kepada jumlah meninggal dunia (tetapi) masih dilakukan verifikasi. Jumlah kerugian harta benda setakat ini dianggarkan Rp2 trilliun,” kata Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi membantu mangsa gempa di pulau itu juga menghadapi banyak rintangan kerana gempa bumi susulan masih berlaku.

“Lebih 300 gempa susulan bermagnitud rendah dicatatkan sejak gempa kuat 7 Skala Richter (Ahad lepas), dan semalam (Khamis), gempa bumi bermagnitud 6.2 Skala Richter menggoncang Lombok Utara pukul 12.25 tengah hari, ia menyukarkan pasukan penyelamat memberi bantuan perubatan, makanan dan sebagainya ke kawasan tertentu,” katanya.

— BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN