KUALA LUMPUR – Proton telah menjual sebanyak 8,102 kereta pada Julai 2018, naik 31 peratus dari Jun berikutan penetapan kadar sifar ke atas Cukai Barang dan Perkhidmatan sebelum memasuki fasa perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September depan. Proton Holdings Bhd dalam satu kenyataan berkata, penyambungan semula dalam aktiviti eksport oleh pengeluar kereta nasional itu juga telah merangsang pertumbuhan. “Julai menjadi bulan terbaik Proton kerana kami telah mencapai jumlah terbanyak, yang…










