Johari tidak perlu beri tekanan kepada Najib - Utusan Malaysia

Johari tidak perlu beri tekanan kepada Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dinasihatkan supaya terus menghormati dan tidak memberi tekanan terhadap bekas Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua ahli dan kepemimpinan tertinggi UMNO perlu bersikap ‘tasawuf’ iaitu terus berada di landasan, terutamanya apabila parti terbesar orang Melayu itu kini menjadi pembangkang.

“Bagi saya janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuknya telah berada di paras pinggang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam keadaan itu, kita harus mempunyai kaedah tasawuf. Biarpun kita tidak bersetuju dalam beberapa langkah yang dilakukan seseorang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan terbuka Johari yang juga Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa yang mengatakan tindakan Najib turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis baru-baru ini menjadi punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kerusi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×