Jemaah pakej harus buat aduan sebelum pulang ke tanah air - TH - Utusan Malaysia

Jemaah pakej harus buat aduan sebelum pulang ke tanah air – TH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH – Jemaah haji yang menunaikan ibadah haji melalui pakej-pakej oleh agensi yang dilantik Tabung Haji (TH) harus membuat aduan kepada pihak TH, sekiranya terdapat masalah berkaitan dengan pakej mereka sebelum mereka pulang ke tanah air.

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji TH musim 1439H, Mat Admara Alang Azizdin berkata, ia bagi memudahkan pihak pemantau TH untuk membuat siasatan dan mengambil bukti-bukti yang berkaitan sebelum mengambil tindakan ke atas agensi yang terlibat.

“Setiap agensi yang dilantik sebagai pengendali pakej haji akan diwajibkan untuk mengeluarkan risalah yang menyatakan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah untuk dijadikan sebagai panduan oleh pemantau TH.

“Sekiranya terdapat perbezaan daripada apa yang dijanjikan pada risalah dengan apa yang dinikmati oleh jemaah, kami akan mengambil tindakan (ke atas agensi),” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menyentuh tentang penyediaan makanan, beliau berkata, pihak agensi wajib untuk memaparkan menu-menu makanan di tempat makan untuk tempoh seminggu bagi tujuan memastikan jemaah-jemaah pakej mendapat makanan seimbang yang dijanjikan. – Bernama   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN