ARAFAH 15 Ogos – Jemaah Malaysia akan mula bergerak dari Mekah ke Arafah untuk wukuf pada pukul 7 pagi, 8 Zulhijah (19 Ogos), empat jam lebih awal daripada jadual tahun-tahun sebelum ini iaitu pada pukul 11 pagi atau selepas solat zuhur. Menurut Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, penyediaan pendingin hawa di khemah-khemah Malaysia di Arafah musim haji ini membolehkan jemaah datang lebih awal untuk menunggu…










