ARAFAH 19 Ogos – Jemaah Malaysia sudah berada di sini hari ini bagi menyempurnakan wukuf iaitu rukun haji yang kedua bermula selepas zuhur (12.25 tengah hari) esok. Kumpulan pertama yang bertolak dari Mekah pukul 8.30 pagi ini tiba pada waktu tengah hari dan ditempatkan di khemah-khemah disediakan pihak Muassasah Asia Tenggara yang pada tahun ini dilengkapi dengan pendingin hawa bagi mengurangkan suhu panas Arafah. Sehingga berita ini ditulis, sebahagian daripada…









