KUALA LUMPUR 28 Ogos – Keadaan jejantas berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang dekat sini yang terbiar tanpa diselenggara mencetuskan kebimbangan orang ramai. Tinjauan Utusan Malaysia di laluan yang menghubungkan stesen komuter berkenaan dengan Taman Muhibah mendapati jejantas yang menjadi laluan ribuan pengguna pada setiap hari itu seperti langsung tidak diselenggara. Orang ramai yang ditemui turut kecewa dengan sikap pihak bertanggungjawab yang seolah-olah tidak mempedulikan keselamatan orang ramai di…










