Jangan terpengaruh pihak luar - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Jangan terpengaruh pihak luar – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 9 Ogos – Sultan Johor mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhati-hati apabila membuat keputusan dan tidak terpengaruh dengan kata-kata atau desakan pihak luar.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, ini kerana pihak luar tidak tahu tentang sejarah dan cara pentadbiran negeri ini.

“Baca dan fahami setiap perkara yang terkandung dalam undang-undang tubuh kerajaan Johor pada tahun 1895 yang telah menjadi asas kepada pembentukan dan kemajuan negeri Johor sehingga ke hari ini,” titahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini sebentar tadi.

Sultan Ibrahim bertitah, pada masa sama kakitangan dan jentera pentadbiran kerajaan diingatkan supaya sentiasa menjaga imej yang baik dan memberikan perkhidmatan cemerlang dengan penuh dedikasi serta integriti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×