KUALA LUMPUR 11 Ogos – Tidak ada masalah untuk menegur dan mengkritik tetapi jangan sampai memfitnah. Itu merupakan luahan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu terhadap kritikan serta teguran yang dilemparkan kepada beliau sejak dilantik ke jawatan tersebut selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14. Mohamad atau lebih mesra disapa sebagai `Abang Mat’ percaya kritikan dan pandangan sinis adalah perkara biasa yang perlu diambil perhatian sebagai menteri atau sebagai pemimpin…










