Malaysia Baharu impian rakyat ialah Malaysia yang lebih matang demokrasinya yang mengakar merimbun prinsip kesopanan dan kesusilaan. Harapan suasana yang mendamaikan. Harapan institusi Parlimen yang lebih matang perbahasannya dan lebih lunak bahasanya. Sayang seribu kali sayang, harapan lebur dengan kedangkalan moral,akhlak dan tutur kata Ahli Parlimen. Daripada frasa ‘gangster’, ‘samseng’ sehinggalah pelbagai frasa kurang sopan yang digunakan oleh para wakil rakyat. Amat mendukacitakan perkara sebegini berlaku dalam sebuah institusi yang…










