SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin ucapkan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa di atas dua keputusan beliau baru-baru ini yang bukan sahaja mempertahankan kesucian Islam malah menolak gaya hidup songsang. Pertama berkaitan satu ketetapan perlindungan hak berpakaian menutup aurat untuk wanita Islam dalam semua industri khususnya penerbangan dan perhotelan. Isu ini telah lama berlegar malah dijadikan jenaka oleh sesetengah orang bukan Melayu dalam media sosial…










