Jalan Kuching terbakar - Utusan Malaysia

Jalan Kuching terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Sebanyak 32 pegawai dan anggota dari lima balai bomba dan penyelamat sekitar ibu negara terpaksa bertungkus lumus memadam kebakaran di sekitar kawasan hutan dan belukar di Jalan Kuching, dekat sini, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, kebakaran melibatkan kawasan seluas hampir dua hektar kira-kira pukul 9.30 malam.

“Kita terima panggilan pada pukul 9.56 malam dan terus mengejarkan tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul, Sri Hartamas dan Sentul, serta bomba sukarela dari Bukit Bintang dan Kepong Batu ke lokasi kejadian.

“Lokasi kejadian berhampiran susur Bulatan Segambut dan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Khirudin, pihaknya mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengawal kebakaran tersebut dan punca kebakaran masih disiasat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN