KOTA BHARU 31 Ogos – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menyerbu sebuah lokasi dipercayai menjadi markas pengikut syiah dan menahan kira-kira 50 individu, termasuk kanak-kanak dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang, di sini semalam. Menurut sumber, serbuan tersebut dibuat menjelang tengah malam sebelum detik sambutan Hari Kebangsaan oleh sepasukan pegawai JAHEAIK dengan bantuan pihak polis. Katanya, ketika operasi, kumpulan tersebut terdiri daripada lelaki dan wanita dikatakan sedang…










