SUASANA di Teluk Sengat Crocodile Farm Sdn. Bhd., atau taman buaya yang terletak di Kota Tinggi, Johor pada waktu petang itu tenang seperti biasa. Sekitar pukul 4 petang, sebuah bas berwarna hijau putih menuju ke pekarangan pintu masuk taman buaya yang dikelilingi ladang sawit itu. Sebaik sahaja pemandu bas mematikan enjin, suasana bising memecah kesunyian ketika pengunjung melangkah masuk ke ruang utama taman buaya itu. Ng Siew Hiah yang menyambut…










