Isu sensasi bukan daya penarik - Utusan Malaysia

Isu sensasi bukan daya penarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, trend pengundian dalam kala­ngan generasi muda memperlihatkan kaedah mendapatkan sokongan dengan mensensasikan isu-isu agama dan kaum semakin kurang berkesan sebagai faktor daya penarik.

Baginda bertitah, pengundi lebih mengutamakan aspek tadbir urus yang baik dan defisit keyakinan berlaku kerana faktor-faktor rasuah serta salah guna kuasa.

Titah Sultan Nazrin, pengundi juga mahukan tadbir urus yang berpaksikan undang-undang dan tidak kepada karisma seseorang individu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sentimen pengundi wajib dibaca secara tepat oleh kerajaan yang telah diberikan mandat memerintah. Sentimen pengundi juga wajib dijadikan panduan kepada parti-parti politik yang berusaha untuk meneruskan jangka hayatnya.

“Sentimen pengundi yang lebih menumpukan kepada tadbir urus yang baik lagi telus dan semakin kurangnya daya pengaruh isu-isu sensasi berteraskan agama dan kaum, membuka ruang luas untuk budaya politik di negara ini dapat dibangunkan atas penyebut atau denominator yang sama,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran buku Reflections on Malaysian Unity and Other Challenges karya Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar di sini semalam.

 

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini