CHINA seperti dijangka menjadi juara keseluruhan edisi kali ini dengan catatan 126 pingat emas, 83 perak dan 57 gangsa meninggalkan Jepun di tempat kedua dengan 64-75-79. Bagaimanapun kecemerlangan China dipalit insiden memalukan apabila 11 atlet mereka, termasuk tujuh perenang yang terdiri daripada dua juara dunia, Yang Aihua dan Lu Bin didapati positif dehydrotestosterone sejenis dadah perangsang prestasi. Akibatnya, China kehilangan 21 pingat emas namun masih mengekalkan kedudukan juara keseluruhan. Bagaimanapun,…










