PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu bagi menggantikan Tan Sri Ali Hamsa berkuat kuasa hari ini. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan watikah pelantikan Ismail pada pertemuan ringkas di pejabatnya di Perdana Putra di sini semalam. Ismail menggantikan Ali yang tamat kontrak pada hari ini selepas memegang jawatan itu selama enam tahun sejak 2012. Sebelum ini beliau memegang jawatan…










