KOTA BHARU 1 Ogos – Infra Quest Sdn. Bhd. (Infra Quest) diiktiraf sebagai anak syarikat terbaik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) apabila berjaya memperoleh penarafan lima bintang selepas menunjukkan prestasi paling cemerlang sepanjang tahun lalu. Syarikat yang memfokus kepada pembinaan menara telekomunikasi itu mengatasi 20 lagi anak syarikat Kumpulan PKINK apabila mendapat markah tertinggi dalam 12 elemen yang dinilai terutama aspek keupayaan menjana keuntungan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat…










