Indonesia kecewakan Malaysia - Utusan Malaysia

Indonesia kecewakan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Hasrat skuad Bawah 16 (B-16) negara untuk mara ke pentas final Kejohanan B-16 AFF tidak kesampaian apabila tumpas 0-1 kepada Indonesia dalam aksi separuh akhir kejohanan di Stadium Delta Sioarjo, sebentar tadi.

Kekalahan itu memaksa skuad kendalian Raja Azlan Shah Raja So’ib menentang Myanmar dalam penentuan tempat ketiga di venue yang sama pada Sabtu ini. Myanmar tewas dengan jaringan yang sama kepada Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Gol tunggal perlawanan hadir ketika permainan berbaki lapan minit selepas Amiruddin Bagus Kahfi Alfikr menyempurnakan penalti setelah penjaga gol Malaysia, Abdul Alim Al Amri Ali menjatuhkan Mohammad Supriadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN