ISLAMABAD 20 Ogos – Imran Khan berikrar akan memotong perbelanjaan kerajaan dan membanteras rasuah, dalam ucapan pertama beliau yang disiarkan oleh televisyen ke seluruh negara, sehari selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Pakistan. Beliau berkata, pemotongan perbelanjaan kerajaan perlu dilakukan dalam usaha mengawal defisit fiskal selain mempelawa berjuta-juta rakyat negara ini yang berada di luar negara untuk turut melabur di Pakistan bagi membantu mengurangkan rizab asing. “Dalam sejarah Pakistan kita…










