Impak perang perdagangan AS-China ke atas Malaysia dijangka minimum - BNM - Utusan Malaysia

Impak perang perdagangan AS-China ke atas Malaysia dijangka minimum – BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia dijangka menerima kesan minimum daripada perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) – China kerana negara ini adalah sebuah ekonomi terbuka yang kecil, kata Bank Negara Malaysia (BNM). Bagaimanapun, jika perang perdagangan itu terus memuncak, seluruh ekonomi global akan menerima kesannya dan pertumbuhan dunia dijangka merosot sebanyak 0.5 peratus menjelang 2020, kata Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus. “Meskipun begitu, satu daripada kekuatan ekonomi kita adalah mempunyai struktur yang pelbagai.  “Justeru, walaupun eksport kita mungkin akan terjejas oleh pertumbuhan perlahan ekonomi global namun aktiviti domestik terus bertahan dan ini akan menyediakan asas bagi pertumbuhan dalam senario sedemikian,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2018 di sini hari ini.  Mengenai aliran keluar besar-besaran dalam kalangan bukan pemastautin dalam suku kedua 2018, Nor Shamsiah berkata, ini disebabkan terutamanya oleh faktor-faktor luaran.  “Faktor utamanya adalah berkaitan ketidakpastian tentang fasa penormalan dasar monetari Amerika Syarikat, keduanya ketegangan perdagangan dan ketiga perkembangan berkaitan lira Turki.  “Perkembangan luaran menjadi penyumbang utama bagi aliran keluar asing besar-besaran bagaimanapun pada Julai dan…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN