KOTA KINABALU – Seorang penjual sayur dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda sebanyak RM7,000 kerana cubaan membunuh anjing miliknya dengan memberi roti berisi 32 batang jarum di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Hakim Ainul Shahrin Mohamed membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Latifah@Hilda Dusin, 53, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapannya. Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 19 Januari tahun lalu, antara pukul 2 petang hingga 8.30 malam…










