KUALA LUMPUR 29 Ogos – Ibu kepada bekas Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis yang terkorban dalam nahas helikopter tiga tahun lalu memfailkan permohonan faraid untuk mendapatkan sijil faraid bagi pembahagian harta peninggalan anaknya itu yang bernilai kira-kira RM2 bilion. Aminah Abdullah, 84, selaku pemohon memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengikut Seksyen 46(ix) Akta Pentadbiran Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1993.…










