GEORGETOWN 14 Ogos – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan agar ibu bapa yang memiliki anak-anak istimewa ‘Cerebral Palsy’ supaya memiliki semangat yang kental serta bersikap lebih terbuka, berlapang dada dan sentiasa bersikap positif. Titah baginda, ibu bapa perlu tingkatkan kefahaman tentang ‘cerebral palsy’ dan fakta-fakta penting berkaitannya membolehkan ibu bapa lebih memahami keadaan ini serta tahu apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan. “Justeru, apabila ibu bapa…










