Hutan sekitar Jalan Kuching terbakar - Utusan Malaysia

Hutan sekitar Jalan Kuching terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu kejadian kebakaran hutan berlaku di Jalan Kuching menghala ke Segambut di sini sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman berkata, seramai 32 anggota bersama tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Sri Hartamas dan Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian..

“Kita telah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.56 malam oleh orang awam mengenai kejadian tersebut dan jentera pertama tiba di lokasi empat minit kemudian.

“Buat masa ini, kita tidak dapat pastikan keluasan yang terjejas namun anggota bomba sedang bertungkus lumus memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, kebakaran dapat dikawal kira-kira setengah jam selepas pasukan pertama tiba dan operasi pemadaman masih giat dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN