KUCHING – Penduduk dan pengguna lalu lintas di sekitar Kuching hingga Samarahan dikejutkan dengan fenomena hujan batu sekitar pukul 5 petang tadi. Saksi kejadian, Syelliza Abang Basri berkata, ketika kejadian, dia sedang memandu dari Kota Samarahan menuju ke rumahnya di Kuching. “Tiba-tiba, angin kuat berserta hujan dan kemudian ternampak seperti ketulan ais dipercayai hujan batu. “Saya kemudian berhenti tepi jalan dan merakamkan video untuk ditunjukkan kepada kawan-kawan di Facebook,” katanya…










