Hui Ying, Yusmadi dipilih Ahli Dewan Negara baharu Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Hui Ying, Yusmadi dipilih Ahli Dewan Negara baharu Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 10 Ogos – Setiausaha DAP negeri, Lim Hui Ying yang juga adik perempuan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta bekas Ahli Parlimen Balik Pulau daripada PKR, Mohd. Yusmadi Mohd. Yusoff dipilih sebagai Ahli Dewan Negara sebulat suara dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Kedua-duanya dipilih bagi me­nggantikan Dr. Ariffin S.M. Omar dan Siti Aishah Shaik Ismail yang tamat tempoh perkhidmatan Sena­tor mereka pada 1 Jun lalu.

Pada masa sama, Ketua Pembangkang, Muhammad Yusoff­ Mo­hd. Noor pula dilantik menge­tuai Jawatankuasa Kira-kira Wa­ng Negara (PAC) peringkat ne­geri yang turut dibarisi sembilan ADUN lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cadangan pelantikan Muhammad Yusoff (BN-Sungai Dua) itu dibuat sendiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada sesi pembentangan rang undang-undang dan usul hari ini.

Kon Yeow (DAP-Padang Kota) juga mencadangkan diwujudkan AJK bagi Hak dan Kebebasan serta AJK Dewan Ke-14 yang kedua-dua­nya dipengerusikan oleh Spea­ker DUN, Datuk Law Choo Kiang.

Pada masa sama, Choo Kiang juga dicadangkan untuk me­nge­tu­ai AJK Peraturan-peraturan Me­syuarat.

Timbalan Ketua Menteri II, Dr. P Ramasamy pula mengusulkan agar AJK Perlembagaan dibentuk dengan diterajui Kon Yeow.

Dalam pada itu, sidang DUN penggal pertama kali ke-14 juga sebulat suara menyokong Rang Undang-Undang berkaitan Industri Berasaskan Kayu (Pindaan 2018) yang dibentangkan hari ini.

Terdahulu, Phee Boon Poh (DAP-Sungai Puyu) berpendapat, hukuman yang dikenakan di bawah rang undang-undang berkaitan industri perkayuan ketika ini terlalu rendah dan mahu ia dinaikkan.

Cadangannya dipersetujui Go­oi Hsiao-Leung (PKR-Bukit Tengah) dan dua lagi penyokong kerajaan, M. Satees (DAP-Bagan Dalam) serta Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bersatu-Bertam).

Muhammad Faiz Fadzil (Ama­nah-Permatang Pasir) yang men­celah ketika rang undang-undang itu dibentangkan juga sependapat dan berharap hukuman dinaikkan bagi melindungi industri perkayuan di negeri ini sebelum ia dibaca buat kali ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini