KUALA LUMPUR 21 Ogos – Hospital Selayang meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan waris kepada pesakitnya, N. Potharajoo, 45, untuk tampil menyalurkan maklumat. Pengarah Hospital Selayang, Dr. Sakinah Alwi berkata, pesakit berbangsa India itu telah dihantar ke hospital berkenaan pada 7 Ogos lalu untuk mendapatkan rawatan. Menurut beliau, namun sehingga kini, tiada seorang pun waris atau kenalan kepada Potharajoo yang hadir untuk menziarahinya. “Pesakit kini masih lagi diberikan rawatan. “Orang ramai yang mengenalinya diminta menghubungi ketua jururawat ‘sister on call’ di talian, 03-61263333 atau Unit Perhubungan Awam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya