JAKARTA – Malaysia meraih slot ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 selepas membelasah Oman 7-0 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Padang Hoki Gelora Bung Karno di sini, hari ini. Kemenangan itu menyaksikan skuad Malaysian Tigers akan berdepan juara bertahan Sukan Asia dan juga pendahulu Kumpulan A, India pada perlawanan separuh akhir, Khamis ini. Juara Kumpulan B, Pakistan yang juga pemenang pingat emas lapan kali Sukan…










