PENYAKIT tangan, kaki dan mulut (HFMD) mungkin kedengaran biasa, malah ada ketika dilupakan masyarakat. Namun ketika ini, penyakit berkenaan kembali menghantui ibu bapa di negara ini apabila kematian pertama yang disyaki akibat HFMD telah dilaporkan pada 28 Julai lalu melibatkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun lima bulan berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak. Mungkin kematian kanak-kanak tersebut dilihat sebagai kes terpencil, namun wabak sama pernah berlaku di negeri itu…










