Henry bakal bimbing Mesir - Utusan Malaysia

Henry bakal bimbing Mesir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 Ogos – Thierry Henry menyuarakan hasratnya untuk menjadi ketua jurulatih Mesir.

Nader El-Sayed, bekas penjaga gawang Zamalek yang kini berkerja sebagai ejen dan pemasaran sukan berkata, dia ada bercakap dengan Henry dan wakil Persatuan Bolasepak Mesir (EFA), Hazem Emam di London berhubung perkara itu.

El-Sayed mendakwa, bekas bintang Arsenal itu sedang mengkaji perancangan EFA untuk membangunkan pasukan sebelum memutuskan sama ada ingin bersama pasukan itu atau sebaliknya.

“Kami bertemu ejen Henry di London dan Hazem Emam turut hadir dalam sesi itu.

“Henry sedang menunggu perancangan masa depan EFA sebelum membuat sebarang keputusan selain mengambil kira faktor ekonomi,” katanya.

Henry ketika ini bekerja sebagai pembantu Roberto Martinez bersama pasukan Belgium sejak 2016 dan sedang mengintai peluang untuk mengambil jawatan ketua jurulatih di peringkat kelab atau antarabangsa.

Dia meninggalkan tawaran untuk bekerja sebagai pengulas sukan, awal bulan ini dan dikaitkan sebagai pengurus Aston Villa yang baharu meskipun kelab itu mempertahankan pengurus mereka, Steve Bruce.

Mesir masih belum memiliki jurulatih selepas Hector Cuper melepaskan jawatan itu Jun lalu selepas Mesir terkandas di peringkat kumpulan saingan Piala Dunia.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN