Hello, saluran baharu Astro - Utusan Malaysia

Hello, saluran baharu Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Ogos – Pelanggan Astro dan Prabayar NJOI termasuk Astro Go dan NJOI Now berpeluang menonton sebuah saluran hiburan baharu iaitu Hello (saluran 110) bermula semalam.

Saluran yang boleh dinikmati dalam kualiti berdefinisi tinggi (HD) itu sesuai buat seluruh isi keluarga kerana ia menawarkan kandungan antarabangsa seperti drama bersiri Inggeris, kartun, program variasi, drama Korea popular, filem serantau dan Eropah, program-program tempatan serta berita terkini.

Peminat drama bersiri Inggeris boleh menikmati drama Good Behaviour & The Last Ship, lakonan Letty Raines dan berhibur dengan muslihat silap mata oleh Michael Carbonaro dalam rancangan The Carbonaro Effect.

Sementara itu, peminat drama Korea boleh menonton drama bersiri Weightlifting Fairy Kim Bok-joo lakonan Nam Joo-hyuk dan juga drama Shopaholic Louis yang diterajui oleh pelakon Seo In-Guk.

Saluran Hello tidak melupakan penonton cilik yang boleh berhibur menerusi rancangan hiburan pendidikan seperti animasi Cam & Leon dan Didi & Friends. Lain-lain rancangan kartun yang menarik ialah We Bare Bears, Ben10 dan Adventure Time.

Bagi peminat filem pula pasti teruja dengan kandungan serantau dan antarabangsa yang akan bersiaran di saluran tersebut seperti produksi dari Korea Selatan, 200 Pounds Beauty dan Seducing Mr. Perfect.

Manakala filem dari Eropah yang akan disiarkan adalah Forever Hockey (Pour toujours, les Canadiens!). Penonton juga boleh mengikuti berita-berita terkini yang disiarkan Astro Awani.

Menarik lagi, Hello juga akan menyajikan kandungan antarabangsa premium daripada Warner TV, Oh! K, Cartoon Network, TruTV, tvN Movies, A-List, kandungan tempatan daripada Ceria, TVIQ dan Gempak, berita-berita terkini daripada Astro Awani dan saluran perkhidmatan membeli-belah dari keselesaan rumah, Go Shop. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×