JOHOR BAHRU 10 Ogos – Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Kedah 5-1 dalam saingan Kumpulan C Piala Malaysia di sini, sebentar tadi. Skuad Lang Merah menjadi mangsa lepas geram Harimau Selatan selepas tewas mengejut 2-1 pada aksi pembukaan Piala Malaysia di tangan MIFA FC, Ahad lalu. Fernando Marquez, Natxo Insa, Ahmad Hazwan Bakri, Gonzalo Cabrera dan S.Kunanlan masing-masing meledak satu gol buat pasukan tuan…









