PUTRAJAYA – Selepas 13 tahun, acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2018 kembali dengan penuh bersejarah ke pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan pada Jumaat ini. Sambutan kali ini mencatatkan sejarah kerana ia signifikan bagi meraikan pemerintahan kerajaan Persekutuan, yang kini diterajui Pakatan Harapan. Selain itu, ia mencipta sejarah kerana tonggak pemerintahan baharu itu dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang kembali menerajui kerajaan pada usia 93 tahun sebagai Perdana Menteri ketujuh selepas berjaya…









