JIKA menyebut tentang Orang Asli pasti ramai yang akan terbayangkan kehidupan masyarakat tersebut yang serba sederhana dan dikelilingi flora dan fauna di dalam hutan yang merupakan tempat tinggal tetap mereka. Disebabkan itu, tidak dinafikan mereka mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai selok belok hutan belantara serta manfaat-manfaat tumbuhan herba di dalamnya melalui pengetahuan tradisi daripada nenek moyang mereka. Pengetahuan tradisi bermakna ilmu mengenai hutan dan manfaat khazanah-khazanah yang ada di dalamnya yang diturunkan secara mulut ke mulut daripada golongan tua kepada golongan muda secara turun-temurun dalam salasilah keturunan Orang Asli.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya