KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kementerian Pengangkutan masih mengkaji penetapan harga siling serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap tiket penerbangan sama ada akan memberi kesan baik ataupun sebaliknya kepada para pengguna di negara ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, meskipun kajian tersebut dijangka selesai pada penghujung bulan lalu, sebarang keputusan masih belum dapat dibuat kerana pihaknya sedang mengambil kira pelbagai aspek ketika ini. Oleh sebab itu, katanya,…










