KUALA LUMPUR 8 Ogos – Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan langkah ke belakang yang dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan remaja. Bekas Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kerajaan sebaliknya perlu mengekalkan program tersebut dan membuat beberapa penambahbaikan termasuk mengembalikan dasar asal PLKN. “Kita kembali kepada asal kenapa PLKN diwujudkan. Program ini ditubuhkan selepas pergaduhan antara kaum…










