Guru wanita maut diseret kereta sendiri - Utusan Malaysia

Guru wanita maut diseret kereta sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang guru wanita maut dalam keadaan mengerikan selepas tercampak keluar dan diseret sejauh 10 meter oleh kereta yang dipandunya sendiri di Jalan Saujana Impian di sini semalam.

NORINDA maut selepas diseret keretanya sendiri dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang semalam.

Dalam kejadan pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Norinda Che Ibrahim berusia 34 tahun yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah sekitar Cheras disahkan maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa yang dipercayai menghala ke Kajang itu memasuki susur keluar sebelum kereta jenis Perodua Myvi dipandunya dilanggar sebuah lori seberat 10 tan dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, mangsa dipercayai terkejut sebelum tertekan minyak dan hilang kawalan sehingga melanggar pembahagi jalan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini