KUALA LUMPUR 13 Ogos – Seorang guru sekolah rendah di Kuching, Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan memiliki enam keping gambar dan 16 buah video berkaitan kumpulan pengganas Daesh di dalam telefon bimbitnya, Disember tahun lalu. Muhamad Naseefullah@Heawian Einie, 47, yang diwakili peguam Zaini Bakar membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang…










