SUASANA di aras satu, hab pendidikan Earthopia Taman Sains dan Seni Kehidupan yang terletak di Taman Teknologi Kajang, Selangor, awal pagi itu riuh dengan gelak tawa sekumpulan murid tadika Genius Brainy Childcare Center. Dari jauh, sekumpulan 40 orang kanak-kanak berusia dalam lingkungan empat tahun dilihat sedang asyik menyagat ketulan sabun sambil berpandukan demonstrasi yang ditunjukkan oleh beberapa orang pekerja di hab pendidikan tersebut. Biarpun masing-masing kelihatan kekok memegang penyagat dan…










