CARACAS 6 Ogos – Enam orang ‘pengganas dan pembunuh upahan’ ditahan di Venezuela selepas dituduh cuba membunuh Presiden, Nicolas Maduro dalam satu serangan menggunakan dron, lapor kerajaan semalam. NICOLAS MADURO Menteri Dalam Negeri dan Keadilan, Nestor Reverol mengumumkan penangkapan tersebut di saluran televisyen rasmi negara itu, menegaskan lebih banyak lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat. Menurut Reverol, tiga anggota tentera berada dalam keadaan kritikal dan empat lagi cedera dalam…










