Guan Eng bersikap seperti pembangkang - Utusan Malaysia

Guan Eng bersikap seperti pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng masih bersikap seperti pembangkang ketika melemparkan tuduhan Barisan Nasional (BN) ‘merompak’ wang cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Zahida Zarik
ZAHIDA ZARIK

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, tuduhan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah serius dan perkara tersebut perlu disiasat segera.

“Bila sudah jadi menteri tapi masih dengan perangai pembangkang. Serahkan kepada pihak berkuasa, itu yang sepatutnya.

“Hakikatnya, bermula 1 September ini, rakyat akan bayar SST (cukai jualan dan perkhidmatan) yang lebih tinggi daripada sebelumnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini.

Semalam, Guan Eng ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) dalam sidang Dewan Rakyat mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah hilang akibat ‘dirompak’ di bawah pentadbiran kerajaan BN sebelum ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN