Golovin terpaksa disisih empat minggu - Utusan Malaysia

Golovin terpaksa disisih empat minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTE CARLO – AS Monaco mengesahkan pemain baharu mereka, Aleksandr Golovin mengalami kecederaan buku lali ketika menjalani latihan, sekali gus menyebabkan bintang Rusia tersebut akan disisihkan selama empat minggu.

Pemain muda berusia 22 tahun tersebut antara pemain pa­ling menyinar pada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia pada Julai lalu dan turut menjadi perhatian beberapa kelab gergasi Liga Perdana England (EPL) seperti Chelsea.

Golovin menyertai Monaco menerusi kontrak selama lima tahun dengan nilai perpindahan yang dianggarkan bernilai €30juta (RM141.56 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berdepan masalah kecederaan buku lali tetapi tidak memerlukan pembedahan untuk merawat kecederaan ini.

“Bagaimanapun, proses untuk pulih memerlukan masa kira-kira tiga hingga empat minggu,” katanya.

Sebagai rekod, pemain antarabangsa Rusia itu telah menja­ringkan 13 gol dalam 113 penampilannya di CSKA Moscow dan bakal menjadi pemain tumpuan bersama Monaco.

Ketika bersama Rusia, Golovin merupakan nadi di bahagian jentera tengah yang membantu Rusia mara sehingga ke pusi­ngan suku akhir Piala Dunia 2018.

Monaco akan membuka kempen Ligue 1 menentang Nantes esok dan mereka memasang impian untuk muncul juara saingan liga selepas hanya dibezakan 13 mata dengan juara, PSG musim lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini