BEIJING 25 Ogos – Seorang lelaki sengaja mencederakan diri sendiri dan mendakwa dirompak kerana tidak dapat menunaikan janji yang dibuatnya kepada teman wanita. Awal bulan ini, lelaki yang dikenali sebagai Tang dari Chengdu, berjanji kepada teman wanitanya untuk membelikan sebuah kereta mewah. Wanita tersebut dikenali sebagai Yang sering kali mengingatkan Tang mengenai janjinya sejak itu. Tang bagaimanapun tidak memiliki wang dan dia perlu memikirkan alasan untuk tidak menunaikan janji itu,…










